My Fav. Place

Thursday 24 May 2012

Kisah Q bukan nama sebenar

Ini kisah benar 

kisah seorang budak lelaki yang tak tau erti kehidupan lagi
aku gelarkannya Q, bukan nama sebenar
sekarang ni dia sudah pon berumur 6 tahun
dia di lahirkan atas dunia ni melalui hubungan sulit mak dan ayah dia
lebih tepat sebagai anak luar nikah
ayah Q dulu seorang penggangur
berkenalan dengan mak Q yang berasal dari indonesia
mereka tinggal serumah seperti suami isteri
hampir setahun ianya berlanjutan
sehingga mak Q mengandung Q
dengan perut yang sarat
kadang2 mak Q dan ayah Q berkelahi
sehingga menjadi buah mulut orang kampung
sebab selalunya mereka bercakaran dengan suara yang kuat di tengah malam
memang mendatangkan rasa ketidakpuasan hati penduduk kampung itu
namum tiada tindakan yang mereka buat
seperti menelefon pejabat agama islam dan sebagainya
sehinggalah 1 hari mak Q ini sudah pon melahirkan Q
dia berpantang di rumah itu juga
bil hospital dia tanggung oleh mak kepada ayah si Q
iaitu nenek Q
Q terus di jaga oleh maknya sendiri
sepanjang tempoh berpantang orang kampung jiran sebelah menyebelah menghulur jugak
sumbangan seperti makanan dan pakaian
umpama cubit peha kiri peha kanan terasa
bila lihat orang susah tak sampai hati untuk membiarkannya
nak pula lihat wajah Q yang tak berdosa itu
Ayah Q tidak bekerja, alasannya malas serta terbiasa
dia juga ambil dadah seperti ganja
Q semakin membesar, belum pon Q berumur setahun, mak Q mengandung lagi 
lebih tepat Q bakal terima adik , namun mereka belum juga bernikah
mak Q berhasrat untuk pulang ke indonesia dengan tujuan untuk bernikah di sana
dengan perut yang sarat mengandung itu, maka keputusannya untuk balik tetap di teruskan
kebetulan sebelah rumahnya itu ada seorang warga indonesia
sebenar tujuan mak Q itu adalah di sebaliknya
ingin melepaskan diri dari ayah Q
dia ajak ayah Q pulang ke indonesia atas akibat dendam pada ayah Q ni
Ayah Q yang bendul dan tiada pelajaran kerana bersekolah hanya darjah 2 saja
ikutlah kehendak mak Q ini tanpa mengesyakki apa2
maka bertolak lah mereka menggunakan kapal tongkang
masuk indonesia secara haram sebab mereka  tiada pasport
Q pula di tinggalkan bersama neneknya
neneknya terpaksa mencari orang untuk menjaga Q kerana neneknya bekerja
segala keperluan Q di tanggung oleh neneknya
dari pakaian, susu serta upah orang menjaga Q
Q dah terbiasa dari kecil, sekiranya tiada duit untuk beli susu
Q akan di beri minum air teh O suam sahaja untuk melepaskan dahaganya
mak Q mempunyai seorang abang kandung di indonesia
tiba di sana mak Q menceritakan  pada abanganya serta keluarganya yang ayah Q selalu sepak terajang serta memukulnya
lalu abang mak Q berang seolah di rasuk
di panggil rakan2nya lalau memukul si ayah Q ni atas perbuatan ayah Q ke atas adik perempuannya
maka tidorlah ayah Q di tepi jalan beralaskan beg baju yang di bawa dari malaysia
nak balik tiada duit, ayah q telefon kawan2 untuk masukkan kirim duit buat tambang balik ke malaysia
ilmu hitam juga di kenakan pada ayah Q yang seolah mamai dan hampir gila
selalu ternampak bayangan yang bukan2
hari berganti hari, hampir sebulan ayah Q di sana
1 hari duit yang di kirim telah pon dia terima
maka baliklah ayah Q ke malaysia dengan selamat
muka dan diri tidak terurus, cengkung dan semakin kurus
dia balik seorang diri, dan mak Q telah berkata pada ayah Q
yang dia tak akan  jaga Q,dan ridak akan amik tahu pasal Q  dan bayi yang di kandungnya itu
akan di jual pada orang lain
akibat dendam pada ayah Q yang sering kali memukulnya setelah sekian lama dulu
bermula pada itu hidup ayah Q tidak tentu arah
semakin hari semakin teruk
fikiran dia berkecamuk, dia seolah macam patung tidak bernyawa
tiada senyuman, tiada percakapan di bibir
memandang orang seperti hendak menerkam
lalu mak kepada ayah Q berusaha untuk berubatkan ayah Q
merata tempat mak kepada ayah Q bawa berubat
eloknya hanya sebentar
tetapi bermacam2 yang jadi padanya
seperti panjat naik ke atas bumbung rumah di tengah malam
kerana katanya dia dengar suara berbisik di telinganya supaya ikut orang itu bersama
di atas bumbung rumah
dan antara perkara mistik yang betul2 tak masuk dek akal, dia senantiasa solat dan
suruh orang lain solat tanpa kira waktu
seperti 9 pagi dia kata dia sedang solat zuhur
sungguh teruk perkara itu berlanjutan sehinggalah bertemu dengan orang yang pandai
berubatkannya, duit banyak habis untuk dia pulih seperti orang lain
selepas membuang benda yang telah di hantar oleh orang seberang
dia kembali pulih dan berkerja seperti orang lain dan tinggal dengan mak nya dan Q
tetapi dia seperti kacang lupakan kulit

bersambung....

3 comments:

Ayen... said...

x sabor nak bace sambungan ni.kesian kat kulit kacang tu kan.....huhuhu.

Kakzakie Purvit said...

Allah.... sesak nafas kakak baca N3 ini. Manusia penuh hasad/dengki. Tak sabar kakak nak baca the next N3. Jgn buat hari Sabtu/Ahad sudah... kakak sabtu/ahad memang tak buka blog...

hanginsepoi2 said...

Ayen : emmm


Kak Azie : Tq sudi membaca