My Fav. Place

Thursday 31 May 2012

Musim Orang Kahwin

time cuti sekolah pertengahan tahun biasalah memang time orang sibuk buat keje kahwin
macam aku dulu aku tak pilih pertengahan tahun tapi aku pilih cuti sekolah hujung tahun
time tu best sikit, musim tengkujuh, sejuk wooooooooo
 tapi tak jugak bunting pelamin..maknenyer tak gelojohlah tu..wakakakaka
kat taman aku je, dah ada jemputan jumaat sampai ahad ni. nak pegi ke tak nak tak tau lagi
kalau nak tau, aku ni jenis yang tak suka gi rumah orang kawin
tak tau kenapa dari dulu lagi
maybe faktor cuaca pon iyer kot, ai kan puteri lilin..hakkkktuihhhhhhh
*meh lempangggggggg laju2 biar sedar diri sikit..#* 
kalau aku pegi pon, cepat2 makan, pastu cepat2 balik 
tapi anak2 aku suka pegi umah orang kawin kecuali yang sulung tu
ai, ikut jejak mak kau nampak! huhuhuhu 
Biasanya aku ghalib tengok pengantin ngan kek dia je
pelamin tak berapa nak menggoda hati ni
bila tengok pasangan pengantin je mesti terpikir...
"syoklah korang malam ni"..gurlpp, sambil telan air liur....kehkehkeh
dah sebelum merapu meraban, baik aku sambung keje dulu...
tata! 

Wednesday 30 May 2012

Lelaki Manja

selalu kita dengar isu pompuan manja
tapi beli sebut je lelaki manja aku tak dapat bayangkan macamne rupenyer
geli geleman pon ada, kejap2 terpeleot, kejap2 sentap, kejap2 moody
eh bukan sama je ke maksud semua tu.. :)
pastu asik nak meleser macam kucing siam
nak nak kalau dapat yang jenis suka lentok lentokkan kepala kat bahu pompuan tu
aku selalu pergi tengok wayang, kadang2 ngan member, kadang2 sorang pon jadik je
time ni lah macam2 aksi dapat tengok kat dalam panggung tu
drama start je, diaorg pon startlah wayang jugak
berbulu je mata ni tengokkan
tak tengok pon tak boleh jugak sebab dah tentu depan bijik mata ni
main jeling2 je lah dalam gelap tu
alooooooooooooooooooo, pleaselah k.
hilang terus kemachoan sebagai lelaki bila buat macam tu
memang tak boleh blah dengan lelaki yang macam tu
main lentok2 kepala kat awek pulak
patut aweklah yang lentok melentok ni..huahuahaua
alangkan kalau lelaki tu jenis yang anta mesej meleret2 pon aku dah macam bosan giler
ntahla mungkin aku kot yang tak romantik macam orang lain
tapi aku memang tak suka lelaki meleret macam tu
sebab dia buat aku betul2 rasa rimas and tak selesa!

Tonsil

Tonsil
salah 1 sakit yang tak best
aku selalu kene
memang tak best je rasa tekak ni
nak makan ape pon susah,nak telan airliur pon sakit
dah lah bengkak, merah, kadang2 tu ada lak ulser melepak kat situ
lagi sakit beb. aku selalu nya mc pasal tu la
hampir tiap2 bulan.doktor cakap sebab stress so kene pantang ckit
tak boleh makan benda2 yg manis
aku ni jarang nak makan benda2 yang manis
minum air manis pon sekali sekala je..
macamane nak atasi masalah tonsil ni ek
kalau bangun tido je, mesti perit je rasa tekak ni
nak minum air pon terasa macam tekak tu di hiris2
rasa pedih dia memuncak, hampir sama macam lagu yang teratas 1 dalam carta fulamak tu
tak boleh tahan wooooooooooooooooooooooo 
eh!, ada kene mengena ke tonsil ngan lagu...
merepek meraban pepagi buta ni
dah, nak sambung keje balik.bye 

Tuesday 29 May 2012

Suratkhabar

da lama sangat rasanyer tak baca suratkhabar, tak tengok berita semasa
kalau nak bukak kat internet pon dah takde masa da..
dulu hari2 aku baca berita dalam internet
tapi makin lama makin malas lak
asik asik berita pasal politik sini sana
naik malas, naik muak, naik menyampah pon ada
aku ni bukan nya kaki sokong politik sini sana
bila tengok melayu sama melayu berbahas, nak menangkan parti masing2
bertegang urat dan sebagainya
nak nak dengan isu bersih mengganas hari tu
rasa macam tak aman je malaysia ni
tak bestlah kalau macam ni
berita semasa pon kadang2 buat aku ngeri nak baca, pasal eksidenlah, sana sini kes dera, 
kes bunuh, kes rogol..
adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..ngeri betol.
tiba2 teringat kat artis ako mustapa
dia adalah artis yang tak suka baca surat khabar dan tak suka tengok berita
alasan dia, tak sanggup nak tau berita2 yang beratkan kepala sendiri
memang betol pon, kadang2 tu
masalah sendiri tak terbawak, pastu kene fikirkan isu lain2 lak..
tapi terpulang pada individu tu sebenarnya macamne nak control pemikiran dia sendiri kan! 

Monday 28 May 2012

Air terjun Sagil

Minggu lepas, aku bawak anak2 semua gi mandi air terjun.
ni kira first time diaorg berendam kat air terjun seumur hidup
memang jakon betol diaorg tu..hahaha
excited sangat2..aku pon lama dah tak pegi, last pegi time amik spm.
lepas abis je paper subject mate, terus cabot ngan member gi sini..
konvoi motor ramai2, semua bercouple2,cintan monyet...aku main tumpang je ngan member..
pengalaman best tu..org amik spm tak bwk beg, aku amik spm, siap bwk bwg, dlm baju da standby baju nak mandi...salin baju kat esso tangkak..pastu nak balik, ada roadblock lak tu, tapi lepas lariiiiiiiiiiiiiiii..memang nakal masa tu..
tapi byk yang tak berubah...toilet tetap busuk..huhuhuhu
tak boleh blah,.,nasib air terjun best giler..sampai sana pukul 9 pg, sampai pukul 4 ptg kitaorg berendam..
dalam air..anak2 semua tak nak balik...masak betol aku..
kene dengan pujuk diaorg tu, ok lah semua..balik je, masuk kete, semua pengsan tido... :)
next time diaorg ajak datang lagi...sengal2lah badan mama kau ni lagi...

sejuk gile air nyer

Friday 25 May 2012

KFC

Bila perut mendidih
tengok pulak KFC..
pehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

tup tup ayaq liuq cheq  jatuh menitik ni ( penang tone )
ape ke sedap benor KFC ni sampai teman teringin pepagi ni , aje nyer yer ( perak tone )
tapi nok buak guano , pepagi dok elok make pah pod, woaloh gak ( kelantan tone )
sodap bobonar lak mata den nengok makanan ni hah, membongaklah kalau tak terliur    (N.sembilan tone )


hari tu lah, gi makan KFC..terbau2 lg ni

dah, dah..nak sambung keje balik ( sentap sendiri (>_<), sape suh tengok gambar kfc pepagi yang hening ni ) minggu ni wajib balun jugak ayam 3 ketul!! *peh, tamak.com haku ni*

Thursday 24 May 2012

Sambungan kisah Q bukan nama sebenar

ayah Q memang tak sedar di untung
dah lah tinggal bersama mak nya
tapi perbelanjaan rumah serta Q lansung tidak di hulurnya
usahkan kata 10 ringgit, 5 ringgit pon tidak di berinya
dia lebih rela beli barang keperluan dirinya seperti minyak rambut, minyak wangi
handfhone serta makan minumnya buat dirinya seorang
maknya iaitu nenek Q terpaksa berhenti kerja kerana hendak menjaga Q
rasa sayang terhadap cucunya semakin mendalam
di sebabkan anak2nya lain, iaitu adik beradik ayah Q juga tidak membenarkan nenek Q
bekerja, atas faktor umur dan keselamatan
ada 2 beradik ayah Q yang tolong belikan pampes dan susu Q pada waktu itu
duit pula mereka hanya berikan nenek Q rm 20 ringgit sebulan
bayngkan dengan hanya nilai ringgit yang sekecil itu hendak makan apa
bantuan yang di salurkan oleh jabatan kebajikan masyarakat terhadap nenek Q telah pon di
berhentikan semasa setengah tahun yang lepas
di mana waktu itu nenek Q tidak mempunyai kenderaan untuk mengambil barang dapor tersebut
pabila 3 bulan berturut2 tidak mengambil bantuan tersebut
pihak kebajikan akan memberhentikan pemberian itu kerana mengikut fahamannya bahawa orang
tersebut tidak berminat dan tidak memerlukan kan lagi bantuan dari pihaknya
oleh sebab itu nenek Q berusaha untuk menambahkan pendapatan dengan menjual kuih di kawasan rumah nya
modalnya dia dapat dari duit kwsp yang baru di terima buat pertama kalinya
dia cuba buat kuih muih serta nasi lemak
kadang kala Q di tinggakan bersama ayah Q
Ketika itu bermulalah segala-galanya
hampir 2 minggu nenek Q berniaga tetapi keuntungannya tidak menepati seperti apa yang di harapkan
pada suatu hari Q telah memberitahu pada neneknya yang dia pedih semasa neneknya cuci punggungnya
dia menangis akibat sakit dan pedih
ketika itulah nenek Q tanye Q 1 persatu
Q sudah berumur 5 tahun ketika itu
dia pandai bertutur dengan baik tanpa ada pelat
Q beritahu neneknya yang ayahnya telah "masukkan anu di punggung Q"
dan Q telah di pesan oleh ayahnya supaya  jangan beritahu nenek akan perbuatannya itu
pabila neneknya bertanya dah berapa kali Q di buat begitu
Q mengatakan 2 kali, ketika nenek Q pergi menjual kuih di pagi hari
ketika itu nenek Q terduduk pabila mendengar pengakuan Q itu
tetapi menyesal pon tiada guna, benda dah berlaku
Q memang di tinggalkan ketika sedang nyenyak tidor
rupanya itu telah memberi peluang dan kesempatan pada ayah Q
umtuk melepaskan nafsu serakahnya  itu
sejak hari itu nenek Q tidak berani lagi bagi Q dekat dengan ayahnya sehingga kini
tiada laporan polis di buat, tidak pasti kenapa
adakah malu atau tak sanggup lihat anak sendiri di bawa ke muka pengadilan
hanya tuhan yang maha mengetahui segalanya
tetapi perbuatan ayah Q itu, yang tergamak meliwat anak lelakinya
sendiri itu teramatlah kejam, zalim dan tak berhati perut
dan tak ubah seperti syaitannnnnnnnn
binatang pon tahu sayangkan anaknya
Q menjadi trauma pabila dekat dengan ayahnya itu
terkadang Q di rotan atas kesalahan membuat bising di rumah
bil air selalu tinggi kerana ayah Q selalu mandi lama2 di bilik air
Pada yang dewasa pasti faham apakah yang di buat lama2 di dalam tandas
sehinggakan sabun cepat sangat habis di bilik mandi tersebut
ayah Q antara seorang yang gilakan seks
telah beberapa kali nenek Q terserempak anaknya itu tidur dalam keadaan
anunyer terkeluar dari seluar hampir setiap pagi
Sehingga kini Q masih belum bersekolah kerana tiada sumber wang
dan mempunyai masalah proses pendaftaran sekolah kerana dia di kira  bukan waganegara malaysia
sebab ibunya warga indonesia lainlah sekiranya ibunya adalah rakyat malaysia, dan bapanya pula indonesia
kalau begitu pasti Q tak hadapi masalah sebagai kerakyatan di malaysia ini
amat rumit segalanya, bermula dari buat surat beranak hinggalah kini
dari pejabat pendaftaran, pergi  pula ke mahkamah
proses angkat sumpah juga perlu di buat
jauh di lubuk hati Q inginkan kebahagian datang menjengah
inginkan  kehidupan seperti kanak2 yang lain
minum susu seperti kanak2 lain
tetapi jangankan susu, pabila dia hanya meminta teh ais di tengah malam
nenek Q tak mampu untuk sediakannya
kerana tiada bekalan susu manis walau setin atau pon teh seuncang di dapurnya
lalu Q tertidur dalam keadaan air mata yang berlinangan
pabila Q di bawa oleh sedara yang lain naik kereta dia kelihatan riang dan sangat gembira
dia minta apa yang dia ingin minum
dia makan apa yang dia tak pernah rasa
mc donald antara makanan yang membuatkan dia rasa sangat teruja
terpancar dari mata dan senyumannya yang dia terlalu riang
sehinggakan tidak mahu pulang ke rumah
bila di tanye padanya Q hendak bersekolah?
dia menggiyakannya dan terus bercerita yang dia hendak
peralatan sekolahnya semua dari jenama ultraman seperti yang di lihat tv
tetapi pada akhir perkataan yang di luahkannya itu
pasti dia akan akhiri dengan " tapi mak tak de duit nak hantar Q sekolah "
mak yang di maksudkan itu adalah neneknya yang telah menjaganya setelah sekian lama
bagai terpanah di lubuk hati ini pabila mendengarkannya
sayu sungguh hati pabila bait2 kata yang di luahkan dari bibir Q yang comel itu
menusuk di hati yang sangat dalam
sehingga kini tiada apa yang berubah
Mereka semua masih tinggal sebumbung
nenek Q sekarang dah bosan dengan tingkah laku ayah Q yang tak ubah seperti tuan besar di rumah itu
bekerja dia kedai makan yang berhampiran, hanya lepaskan tekaknya sendiri
tekak maknya sendiri dan tekak anak kandungnya itu tidak pernah di fikirkannya
tinggal di rumah itu tanpa ulur apa2 sumbangan pun
setiap kali nenek Q mengungkit ini anak siapa, dia naik berang kerana
dia masih berdendam dengan mak Q kerana pernah bomohkan dia separuh gila
tetapi perbuatannya itu memberikan tempias buat Q yang tak tau apa2
tak tau apa ertinya, tak tau apa salahnya di perlakukan begitu oleh ayah kandungnya sendiri yang dia panggil " bapak "
nenek Q di maki hari2 pabila di tegur untuk sediakan keperluan Q
tindakan nenek Q kini ingin mengusir ayah Q dari situ dengan mengatakan
ingin berpindah ke tempat lain dan rumah ini ingin di jual
episod kehidupan itu belum berakhir lagi
sehingga kini dia belum keluar lagi dari situ
Q pula akan di daftarkan sekolah untuk kemasukan darjah 1 pada awal oktober 2012 ini
bezanya dia dengan kanak2 lain, yuran Q perlu di bayar sebanyak 100 ringgit lebih setiap tahun
dan dan ada yang ingin menanggung segalanya asalkan dapat lihat Q menimba ilmu dengan jayanya
mudah2an Q menjadi insan yang tabah dan dapat mengubah dirinya menjadi orang yang berpelajaran kelak
walaupun dia anak luar nikah, walaupun dia telah di liwat , ini semua bukan dia yang inginkan
dia tidak pernah di minta untuk lahir kedunia
inilah yang di namakan sudah suratan serta nasib seseorang
di harapkan masyarakat tidak memandang serong terhadap anak luar nikah
semoga segala yang menimpanya ini tersimpan seribu hikmah disebaliknya
Mudah2an Q  sentiasa di lindungi di bawah rahmat Ilahi..

Amin Ya Rabbal Alamin