My Fav. Place

Thursday 24 May 2012

Sambungan kisah Q bukan nama sebenar

ayah Q memang tak sedar di untung
dah lah tinggal bersama mak nya
tapi perbelanjaan rumah serta Q lansung tidak di hulurnya
usahkan kata 10 ringgit, 5 ringgit pon tidak di berinya
dia lebih rela beli barang keperluan dirinya seperti minyak rambut, minyak wangi
handfhone serta makan minumnya buat dirinya seorang
maknya iaitu nenek Q terpaksa berhenti kerja kerana hendak menjaga Q
rasa sayang terhadap cucunya semakin mendalam
di sebabkan anak2nya lain, iaitu adik beradik ayah Q juga tidak membenarkan nenek Q
bekerja, atas faktor umur dan keselamatan
ada 2 beradik ayah Q yang tolong belikan pampes dan susu Q pada waktu itu
duit pula mereka hanya berikan nenek Q rm 20 ringgit sebulan
bayngkan dengan hanya nilai ringgit yang sekecil itu hendak makan apa
bantuan yang di salurkan oleh jabatan kebajikan masyarakat terhadap nenek Q telah pon di
berhentikan semasa setengah tahun yang lepas
di mana waktu itu nenek Q tidak mempunyai kenderaan untuk mengambil barang dapor tersebut
pabila 3 bulan berturut2 tidak mengambil bantuan tersebut
pihak kebajikan akan memberhentikan pemberian itu kerana mengikut fahamannya bahawa orang
tersebut tidak berminat dan tidak memerlukan kan lagi bantuan dari pihaknya
oleh sebab itu nenek Q berusaha untuk menambahkan pendapatan dengan menjual kuih di kawasan rumah nya
modalnya dia dapat dari duit kwsp yang baru di terima buat pertama kalinya
dia cuba buat kuih muih serta nasi lemak
kadang kala Q di tinggakan bersama ayah Q
Ketika itu bermulalah segala-galanya
hampir 2 minggu nenek Q berniaga tetapi keuntungannya tidak menepati seperti apa yang di harapkan
pada suatu hari Q telah memberitahu pada neneknya yang dia pedih semasa neneknya cuci punggungnya
dia menangis akibat sakit dan pedih
ketika itulah nenek Q tanye Q 1 persatu
Q sudah berumur 5 tahun ketika itu
dia pandai bertutur dengan baik tanpa ada pelat
Q beritahu neneknya yang ayahnya telah "masukkan anu di punggung Q"
dan Q telah di pesan oleh ayahnya supaya  jangan beritahu nenek akan perbuatannya itu
pabila neneknya bertanya dah berapa kali Q di buat begitu
Q mengatakan 2 kali, ketika nenek Q pergi menjual kuih di pagi hari
ketika itu nenek Q terduduk pabila mendengar pengakuan Q itu
tetapi menyesal pon tiada guna, benda dah berlaku
Q memang di tinggalkan ketika sedang nyenyak tidor
rupanya itu telah memberi peluang dan kesempatan pada ayah Q
umtuk melepaskan nafsu serakahnya  itu
sejak hari itu nenek Q tidak berani lagi bagi Q dekat dengan ayahnya sehingga kini
tiada laporan polis di buat, tidak pasti kenapa
adakah malu atau tak sanggup lihat anak sendiri di bawa ke muka pengadilan
hanya tuhan yang maha mengetahui segalanya
tetapi perbuatan ayah Q itu, yang tergamak meliwat anak lelakinya
sendiri itu teramatlah kejam, zalim dan tak berhati perut
dan tak ubah seperti syaitannnnnnnnn
binatang pon tahu sayangkan anaknya
Q menjadi trauma pabila dekat dengan ayahnya itu
terkadang Q di rotan atas kesalahan membuat bising di rumah
bil air selalu tinggi kerana ayah Q selalu mandi lama2 di bilik air
Pada yang dewasa pasti faham apakah yang di buat lama2 di dalam tandas
sehinggakan sabun cepat sangat habis di bilik mandi tersebut
ayah Q antara seorang yang gilakan seks
telah beberapa kali nenek Q terserempak anaknya itu tidur dalam keadaan
anunyer terkeluar dari seluar hampir setiap pagi
Sehingga kini Q masih belum bersekolah kerana tiada sumber wang
dan mempunyai masalah proses pendaftaran sekolah kerana dia di kira  bukan waganegara malaysia
sebab ibunya warga indonesia lainlah sekiranya ibunya adalah rakyat malaysia, dan bapanya pula indonesia
kalau begitu pasti Q tak hadapi masalah sebagai kerakyatan di malaysia ini
amat rumit segalanya, bermula dari buat surat beranak hinggalah kini
dari pejabat pendaftaran, pergi  pula ke mahkamah
proses angkat sumpah juga perlu di buat
jauh di lubuk hati Q inginkan kebahagian datang menjengah
inginkan  kehidupan seperti kanak2 yang lain
minum susu seperti kanak2 lain
tetapi jangankan susu, pabila dia hanya meminta teh ais di tengah malam
nenek Q tak mampu untuk sediakannya
kerana tiada bekalan susu manis walau setin atau pon teh seuncang di dapurnya
lalu Q tertidur dalam keadaan air mata yang berlinangan
pabila Q di bawa oleh sedara yang lain naik kereta dia kelihatan riang dan sangat gembira
dia minta apa yang dia ingin minum
dia makan apa yang dia tak pernah rasa
mc donald antara makanan yang membuatkan dia rasa sangat teruja
terpancar dari mata dan senyumannya yang dia terlalu riang
sehinggakan tidak mahu pulang ke rumah
bila di tanye padanya Q hendak bersekolah?
dia menggiyakannya dan terus bercerita yang dia hendak
peralatan sekolahnya semua dari jenama ultraman seperti yang di lihat tv
tetapi pada akhir perkataan yang di luahkannya itu
pasti dia akan akhiri dengan " tapi mak tak de duit nak hantar Q sekolah "
mak yang di maksudkan itu adalah neneknya yang telah menjaganya setelah sekian lama
bagai terpanah di lubuk hati ini pabila mendengarkannya
sayu sungguh hati pabila bait2 kata yang di luahkan dari bibir Q yang comel itu
menusuk di hati yang sangat dalam
sehingga kini tiada apa yang berubah
Mereka semua masih tinggal sebumbung
nenek Q sekarang dah bosan dengan tingkah laku ayah Q yang tak ubah seperti tuan besar di rumah itu
bekerja dia kedai makan yang berhampiran, hanya lepaskan tekaknya sendiri
tekak maknya sendiri dan tekak anak kandungnya itu tidak pernah di fikirkannya
tinggal di rumah itu tanpa ulur apa2 sumbangan pun
setiap kali nenek Q mengungkit ini anak siapa, dia naik berang kerana
dia masih berdendam dengan mak Q kerana pernah bomohkan dia separuh gila
tetapi perbuatannya itu memberikan tempias buat Q yang tak tau apa2
tak tau apa ertinya, tak tau apa salahnya di perlakukan begitu oleh ayah kandungnya sendiri yang dia panggil " bapak "
nenek Q di maki hari2 pabila di tegur untuk sediakan keperluan Q
tindakan nenek Q kini ingin mengusir ayah Q dari situ dengan mengatakan
ingin berpindah ke tempat lain dan rumah ini ingin di jual
episod kehidupan itu belum berakhir lagi
sehingga kini dia belum keluar lagi dari situ
Q pula akan di daftarkan sekolah untuk kemasukan darjah 1 pada awal oktober 2012 ini
bezanya dia dengan kanak2 lain, yuran Q perlu di bayar sebanyak 100 ringgit lebih setiap tahun
dan dan ada yang ingin menanggung segalanya asalkan dapat lihat Q menimba ilmu dengan jayanya
mudah2an Q menjadi insan yang tabah dan dapat mengubah dirinya menjadi orang yang berpelajaran kelak
walaupun dia anak luar nikah, walaupun dia telah di liwat , ini semua bukan dia yang inginkan
dia tidak pernah di minta untuk lahir kedunia
inilah yang di namakan sudah suratan serta nasib seseorang
di harapkan masyarakat tidak memandang serong terhadap anak luar nikah
semoga segala yang menimpanya ini tersimpan seribu hikmah disebaliknya
Mudah2an Q  sentiasa di lindungi di bawah rahmat Ilahi..

Amin Ya Rabbal Alamin

10 comments:

LYAfrina said...

salam pkenalan.. terima kasih ats pndapat y diberikan..sy amat2 hargainya

Ce'gu JAERA said...

sedih plak nak baca... memang nice sharing... kisah suka duka kehidupan seseorang... semoga memberi ilham dan pengajaran buat kita..

p/s: cuba cerita ni buat dalam bentuk perenggan sikit... jadi jalan cerita pun sedap je nak baca dan tak serabut... (",)

Kakzakie Purvit said...

Rencah kehidupan yg serba-serbi dhaif - tanpa iman, tanpa ilmu, tanpa kebahagiaan, tanpa kasih-sayang akibatnya insan tak berdosa yg jadi mangsa. Sayu kakak membacanya.

Moga kalau benar Q dapat pencerahan utk ke sekolah adalah sinar utknya kelak.

Unknown said...

amin..

salam perkenalan...

suka baca entry kamu..
cuma mata agak penat sedikit..

teruskan menulis ya

hanginsepoi2 said...

Lyafina : Sama2~


Gen2Merah : Yup, ada terfikit untuk buat perenggan, anyway, thanks for your advised


Kak Azie : Ya, Q akan bersekolah, moga di permudahkan segala urusannya..


Citarasa : Terima kasih~~

Ayen... said...

sedih....

Unknown said...

masyaallah...mmg sedih

hanginsepoi2 said...

Ayen : memang


Use_rie : tu la

Unknown said...

Ikin,

Ni kisah benar ke??? Q benar2 wujud? Skrg apa jadi pada dia ye? Nnt jwb kat blog Marya pun takpe... Sedihlah :'(

hanginsepoi2 said...

Marya : nnti ikin jwb kat blog mar k